INFO SEMASA OFFICIAL Telegram Channel

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

View in Telegram

Recent Posts

Diaorg elok ja,bersembang mkn minum sekali cuma bila berpolitik ja berubah karakter masing2

#infosemasa
💝💝haa senang dapat nampak smue kata dalam kann
https://s.shopee.com.my/8pTsuS4tvA
Sakit hati dengan majikan, orang gaji campur air kencing dalam makanan

GHAZIABAD - Seorang wanita berusia 32 tahun yang bekerja sebagai orang gaji di Ghaziabad, negeri Uttar Pradesh ditahan polis selepas memasukkan air kencing dalam makanan keluarga majikannya.

Perbuatan terkutuk itu berjaya dirakam menerusi kamera keselamatan litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam dapur rumah keluarga tersebut.

Suspek, Reena Kumar dan tinggal di Shanti Nagar dilaporkan bekerja dengan keluarga berkenaan sejak lapan tahun lalu.

Bagaimanapun, beberapa bulan kebelakangan ini, dia didapati menghidap penyakit hati dan perbuatannya berkemungkinan atas faktor tekanan atau mengalami kemurungan teruk.

Keluarga yang melaporkan perkara itu kepada polis pada 14 Oktober lalu, mendakwa beberapa ahli keluarganya jatuh sakit selepas makan makanan yang dihidangkan orang gaji mereka.

Jadi, mereka secara senyap telah memasang CCTV di dapur dan hasil rakaman menunjukkan Reena mencampurkan air kencing dalam makanan.

"Pembantu rumah sudah menyediakan makanan sejak lapan tahun lalu di rumah saya.

"Bagaimanapun, sejak beberapa bulan lalu, keluarga saya mengalami komplikasi kesihatan dan hasil rakaman CCTV mendapati dia membuang air kecil di dalam sebuah perkakas dan selepas itu mencampurkannya dengan capati," kata salah seorang anggota keluarga mangsa.

Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 272 (Perbuatan Menyebarkan Jangkitan Penyakit Merbahaya Kepada Nyawa).

“Kami menahan Reena Kumar pada hari Rabu. Semasa disoal siasat, dia berulang kali menafikan telah melakukan perbuatan sedemikian, tetapi apabila kami menunjukkan dengan bukti video, dia terdiam. Selepas itu, dia terus menukar kenyataannya,” kata Penolong Pesuruhjaya Polis Wave City, Lipi Nagayach.

Polis berkata, hasil soal siasat, suspek mengaku dia melakukan perbuatan itu kerana ingin balas dendam kepada keluarga majikannya yang sering memarahinya apabila melakukan kesilapan kecil. - Agensi

ZULHILMI HAT
19 Oktober 2024 07:40am

Artikel ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Assalamualaikum.

Semua members TFM dijemput untuk join Kelas Sentuhan Sniper dalam zoom meeting jam 9 malam Jumaat ni ye..

Rahsia sniper sharp entry M1 akan dibongkarkan..

🔻Click here

WhatsApp: https://admintfm.wasap.my/
Telegram: https://t.me/Edi_AdminNusantara

Semua yang join akan dapat :

All included 🔻
Setup Sniper M1
Tshirt
Rebate 15$ perlot
Group support
All time education

Hari ni last registration ❗️
🔻Click here untuk join

WhatsApp: https://admintfm.wasap.my/
Telegram: https://t.me/Edi_AdminNusantara
Tikar lipat murah ni wehhh senang korang bawak kalau g nyawit ke noreh ke picnic ke ..

Tak beli pun xpe min cuma minta tolong tekan link je 🙂

https://s.shopee.com.my/50H8YlwUEP
Jenazah Al-Syahid Yahya Al-Sinwar selepas berjuang hingga saat terakhir.

Sumber: حالات قسامية
#infosemasa
Menurut sumber perubatan, lebih 450 rakyat Palestin telah dibunuh sejak dua minggu lalu sejak permulaan rancangan penghapusan Israel yang berterusan di utara Semenanjung Gaza.

Sumber: Quds News Network
#infosemasa
Demonstrasi besar-besaran di Jordan dan pengebumian As-Syahid Amer Qawwas dan As-Syahid Hossam Abu Ghazaleh, pelaku operasi Laut Mati.

Sumber: Shehab Agency
#infosemasa
Warga emas meninggal dunia seorang diri di rumah

TANJUNG MALIM – Seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun ditemui mati seorang diri dirumahnya di Kampung Baru, Slim River di sini kira-kira pukul 7.47 malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang khuatir akan mangsa itu yang tidak keluar rumah selama beberapa hari.

“Komander operasi menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu utama rumah mangsa yang berkunci sebelum pegawai perubatan yang turut berada di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
18 Oktober 2024, 11:09 pm

Kredit ➡️ Kosmo

#infosemasa
@infosemasaofficial
AMARAN RIBUT PETIR.

I) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau) sehingga 5:00 pagi; Sabtu, 19 Oktober 2024.

II) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau) dan Kudat • WP Labuan sehingga 6:00 pagi; Sabtu, 19 Oktober 2024.

⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada: 12:50 tengah malam, 19 Oktober 2024

#ributpetirmetmalaysia
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMadani
#infosemasa
Baling banjir lagi, air sungai melimpah deras ke rumah penduduk

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
18 Oktober 2024, 11:38 pm

BALING – Sekurang-kurangnya lapan kampung di sini kembali dilanda banjir berikutan hujan lebat sejak awal pagi ini.

Antara kampung terjejas adalah Kampung Haji Abas, Kampung Kuala Kedua, Kampung Banggol Derom, Kampung Tanjung Merbau dan Lubuk Pedati.

Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Siong dan Dewan Tun Abdul Razak dengan jumlah mangsa sedang dalam bancian.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab. Aziz berkata, dua PPS dibuka dan dalam proses mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). – KOSMO! ONLINE

📹 Media sosial
#Kosmo
#infosemasa
Serangan harimau belang: Pengguna Lebuhraya Gerik-Jeli dinasihatkan untuk TIDAK memberhentikan kenderaan di pinggir hutan untuk berehat antara RnR Titiwangsa sehingga sempadan Gerik-Jeli.

#infosemasa
See more posts

View in Telegram

Telegram Channel