Hebahan MPP UniSZA Telegram Channel

Channel ini ditubuhkan bagi memberi anda maklumat terkini berkenaan agenda, perancangan, Inspirasi dan Aktiviti-Aktiviti MPP UniSZA dan UniSZA. Ayuh Viralkan penubuhan channel ini untuk hebahan. #MPPUniSZA #KamiMestiRajin

View in Telegram

Recent Posts

[MAKLUMAN CUTI ATAU PENGECUALIAN KULIAH KEPADA MAHASISWA BERAGAMA HINDU SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI]

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan UniSZA telah meluluskan cuti tambahan dua hari sempena sambutan Hari Deepavali kepada mahasiswa UniSZA yang beragama HINDU hasil daripada permintaan dan usaha pihak Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA sesi 2023/2024 dan Persatuan Kebudayaan dan Kesenian India sesi 2023/2024.

Tarikh Cuti Deepavali Baru bagi mahasiswa/i beragama HINDU: 29 Oktober 2024 hingga 30 Oktober 2024

Manakala, sesi kuliah bagi mahasiswa yang bukan beragama Hindu dari 29 Oktober 2024 hingga 30 Oktober 2024 akan dijalankan seperti biasa.

Semoga dalam perhatian semua dan mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku sebelum ini.

Sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi:

MPP Caleb (011-1097 0123)
MPP Azmizan (014-620 0462)

Sekian, terima kasih.

Transformasi Mahasiswa, Inspirasi Perubahan

EKSEKUTIF AKADEMIK DAN INTEGRITI
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sultan Zainal Abidin
Sesi 2023/2024

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:

Facebook: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Youtube: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Telegram: Hebahan MPP UniSZA
Twitter: @mppuniszaoffcl
Instagram: @mppuniszaofficial
Tiktok: @mpp_unisza

#MPPUniSZA2324
#UniSZAPastiTahu
#IlmuDemiFaedahInsan
[TINJAUAN SAIZ BAJU KORPORAT RASMI UniSZA 2024]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Universiti Sultan Zainal Abidin telah membuka tinjauan untuk pembelian baju korporat rasmi UniSZA bagi tahun 2024. Tinjauan ini adalah untuk mendapatkan saiz baju kumulatif berdasarkan respons tinjauan daripada mahasiswa.

Corak yang ditampilkan pada tahun ini lebih menarik dengan menekankan motif batik pada sisi baju korporat. Terdapat juga rekaan baju korporat muslimah bagi anda yang berminat.

‼️PENJUALAN BAJU KORPORAT INI ADALAH SECARA READY STOCK‼️

💸 PEMBAYARAN ADALAH SECARA TRANSFER/QR PADA HARI AGIHAN BAJU KORPORAT IAITU JANGKAAN MINGGU KE 7 PENGAJIAN

‼️ **Tarikh Tinjauan Saiz**‼️ : 13.10.2024 (AHAD) - 16.10.2024 (RABU)
‼️ **Link Tinjauan Saiz**‼️ : https://forms.gle/5tGuNsohP47oJ3zS8

Semua mahasiswa Tahun Pertama Sesi 2024/2025 DIWAJIBKAN untuk mendapatkan baju rasmi korporat UniSZA.

Mahasiswa selain pelajar Tahun Pertama Sesi 2024/2025 atau yang tidak mempunyai baju korporat juga digalakkan untuk membeli baju korporat UniSZA bagi tujuan keseragaman apabila dianjurkan sebarang majlis rasmi dan tidak rasmi di dalam dan luar UniSZA.

Sekian, Terima Kasih

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sultan Zainal Abidin
Sesi 2023/2024
09/10/2024
[TIKTOK CHALLENGE@PWB]

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Al-Wathiqu Billah Universiti Sultan Zainal Abadin menganjurkan aktiviti tiktok challenge@pwb bermula dari 4 Oktober sehingga 14 Oktober 2024.

Sehubungan dengan itu, semua mahasiswa UniSZA dijemput untuk ikut serta dalam aktiviti ini.

Sekian Terima Kasih

Sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi:

MPP Caleb (011-1097 0123)
MPP Azmizan (014-620 0462)

Sekian, terima kasih.

Transformasi Mahasiswa, Inspirasi Perubahan

EKSEKUTIF AKADEMIK DAN INTEGRITI
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sultan Zainal Abidin
Sesi 2023/2024

Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut:

Facebook: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Youtube: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Telegram: Hebahan MPP UniSZA
Twitter: @mppuniszaoffcl
Instagram: @mppuniszaofficial
Tiktok: @mpp_unisza

#MPPUniSZA2324
#UniSZAPastiTahu
#IlmuDemiFaedahInsan
See more posts

View in Telegram

Telegram Channel
TeleSearch Telegram Search