Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM Telegram Channel

Channel rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP), Universiti Teknologi MARA (UiTM).

View in Telegram

Recent Posts

HEBAHAN KEPUTUSAN JAYA PROGRAM PRA DIPLOMA (FASA 2) SESI 1 2024/2025

Hebahan keputusan jaya Program Pra Diploma sesi 1 2024/2025 (sesi kemasukan Oktober 2024) fasa 2 boleh disemak mulai 11 September (Rabu) pada jam 12.00 tengah hari di saluran rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.

Tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat di UiTM. Tempoh klik setuju terima dan pendaftaran pelajar secara dalam talian adalah pada 11 hingga 28 September 2024 sahaja.

๐Ÿ‘‰๐ŸผPanduan Semakan Surat Tawaran dan Pendaftaran dalam Talian

๐Ÿ‘‰๐ŸผPanduan Pelajar Pra Diploma

Sila baca Surat Tawaran & Panduan Pendaftaran Pelajar dengan teliti.
HEBAHAN KEPUTUSAN SURAT TAWARAN SARJANA MUDA LEPASAN STPM / SETARAF DAN PENERAPAN DIPLOMA UiTM SESI 1 2024

Surat tawaran ke program Sarjana Muda UiTM sesi 1 2024 bagi lepasan STPM / Setaraf dan Penerapan Diploma boleh disemak mulai 08 September 2024 (Ahad) pada jam 3.00 petang di saluran rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.

Tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat di UiTM. Tempoh klik setuju terima adalah pada 08 September 2024 hingga 18 September 2024 sahaja.

๐Ÿ‘‰๐ŸผPanduan Semakan Surat Tawaran dan Pendaftaran dalam Talian

Sila baca Surat Tawaran & Panduan Pendaftaran Pelajar dengan teliti.
HEBAHAN KEPUTUSAN DAN SEMAKAN SURAT TAWARAN PENERAPAN PRA DIPLOMA KE DIPLOMA UiTM SESI 1 2024

Surat tawaran ke program Diploma UiTM sesi 1 2024 bagi lepasan Penerapan Pra Diploma boleh disemak mulai 02 September 2024 (Isnin) pada jam 3.00 petang di saluran rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.

Tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat di UiTM. Tempoh klik setuju terima adalah pada 02 September 2024 hingga 29 September 2024 sahaja.

๐Ÿ‘‰๐ŸผPanduan Semakan Surat Tawaran dan Pendaftaran dalam Talian

Sila baca Surat Tawaran & Panduan Pendaftaran Pelajar dengan teliti.
PERMOHONAN PROGRAM SEPENUH MASA DIPLOMA / ASASI UNDANG-UNDANG UiTM (PI005) / SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) SENIBINA (CFAP243) SESI 2 2024/2025

Permohonan terus ke UiTM ini adalah untuk:
1๏ธโƒฃ 72 Program Diploma
2๏ธโƒฃ Asasi Undang-Undang UiTM (PI005)
3๏ธโƒฃ Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina (CFAP243)

Sukacita dimaklumkan bahawa borang permohonan dalam talian(online) untuk kategori yang tersenarai di atas akan dibuka mulai 26 Ogos 2024 (Isnin) hingga 25 Oktober 2024 (Jumaat)

Pastikan anda memilih program yang menepati syarat kemasukan dan semakan syarat program boleh dibuat di web app semakSYARAT.

Harga jualan nombor pin BSN boleh dirujuk pada pemakluman terdahulu.
HEBAHAN KEPUTUSAN RAYUAN PROGRAM ASASI / DIPLOMA / CFAP243 BAGI LEPASAN SPM SESI 1 2024

Surat tawaran Program Asasi / Diploma / CFAP243 UiTM sesi 1 2024 bagi lepasan SPM boleh disemak mulai 07 Ogos 2024 (Rabu) pada jam 12.00 tengah hari di saluran rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.

Tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat di UiTM. Tempoh klik setuju terima adalah pada 07 Ogos 2024 hingga 29 September 2024 sahaja.

๐Ÿ‘‰๐ŸผPanduan Semakan Surat Tawaran dan Pendaftaran dalam Talian

Sila baca Surat Tawaran & Panduan Pendaftaran Pelajar dengan teliti.
HEBAHAN KEPUTUSAN JAYA PROGRAM PRA DIPLOMA (FASA 1) SESI 1 2024/2025

Hebahan keputusan jaya Program Pra Diploma sesi 1 2024/2025 (sesi kemasukan Oktober 2024) fasa 1 boleh disemak mulai 07 Ogos (Rabu) pada jam 12.00 tengah hari di saluran rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.

Tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat di UiTM. Tempoh klik setuju terima dan pendaftaran pelajar secara dalam talian adalah pada 7 hingga 30 Ogos 2024 sahaja.

๐Ÿ‘‰๐ŸผPanduan Semakan Surat Tawaran dan Pendaftaran dalam Talian

๐Ÿ‘‰๐ŸผPanduan Pelajar Pra Diploma

Sila baca Surat Tawaran & Panduan Pendaftaran Pelajar dengan teliti.
HEBAHAN KEPUTUSAN PROGRAM ASASI / DIPLOMA / CFAP243 BAGI LEPASAN SPM SESI 1 2024

Surat tawaran Program Asasi / Diploma / CFAP243 UiTM sesi 1 2024 bagi lepasan SPM boleh disemak mulai 29 Jun 2024 (Sabtu) pada jam 02.00 petang di saluran rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.

Tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat di UiTM. Tempoh klik setuju terima adalah pada 29 Jun 2024 hingga 07 Julai 2024 sahaja.

๐Ÿ‘‰๐ŸผPanduan Semakan Surat Tawaran dan Pendaftaran dalam Talian

Sila baca Surat Tawaran & Panduan Pendaftaran Pelajar dengan teliti.
๐Ÿ“ฃEkspo Selangkah ke UiTM (ESKU) 2024

Jom hadir ke Ekspo Selangkah ke UiTM 2024 pada 1 โ€“ 2 Jun 2024 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.

Lokasi: Waze, Google Map

Jangan lepaskan peluang untuk kenali program-program bersesuaian yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan kenalpasti program yang sepadan dengan minat anda. Sila bawa bersama slip keputusan SPM/STPM/Diploma dan semak syarat kelayakan di selangkah.uitm.edu.my.

Jangan lupa hadir ke ESKU 2024. Jumpa di sana!

#MalaysiaMadani
#UiTM
#UiTMDiHatiku
#GRU2025
#SelangkahKeUiTM2024
Saksikan temubual bersama Pengarah Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Encik AK Ashaari AK Yussof di program Apa Khabar Malaysia yang akan membincangkan topik 'Hala Tuju Pendidikan Selepas SPM'.

Jangan lupa saksikan temubual ini secara langsung di saluran Astro 502, unifi TV 631, MYTV 121 dan juga di Facebook dan Youtube Bernama TV pada Khamis (30 Mei 2024) jam 9:00โ€“10:00 pagi.

Jom bakal-bakal mahasiswa. Kami menanti anda.

#SelangkahKeUiTM2024
#UiTMdihatiku
#UiTM25Tahun
#UiTMpilihanNo1
[๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก] ๐—˜๐—ธ๐˜€๐—ฝ๐—ผ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—ธ๐—ฒ ๐—จ๐—ถ๐—ง๐—  (๐—˜๐—ฆ๐—ž๐—จ) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ (๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ต ๐—”๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—–๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป)

Jom hadir ke Ekspo Selangkah ke UiTM 2024 pada 1โ€“2 Jun 2024 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam. ESKU akan turut berlangsung di UiTM Cawangan (rujuk poster untuk tarikh, lokasi dan masa) dan orang ramai yang berhampiran dijemput hadir.

Facebook:
https://www.facebook.com/share/p/FZ67WPfwTpaAgNWE/?mibextid=oFDknk

Instagram:
https://www.instagram.com/p/C7XosTcuIJI/?igsh=MWRpNXZ2bGdyNWw5ZQ==

X:
https://x.com/uitmofficial/status/1794146866936033581?t=UdQRDwOPg2DMj4v1TrsxNQ&s=19

Kerjasama Tuan/ Puan untuk memanjangkan hebahan ini menerusi media sosial dan lain-lain saluran komunikasi sedia ada.

Jangan lupa untuk Follow, Like, Comment & Share.
https://vt.vxtiktok.com/ZSYLsKRFE/

Jom semua, Noryn Aziz jemput semua ke Ekspo Selangkah Ke UiTM 2024!
Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM pinned a photo
๐Ÿ”–HEBAHAN IKLAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRA DIPLOMA UiTM SESI 1 2024/2025

Borang permohonan ke program Pra Diploma UiTM dibuka secara dalam talian mulai 01 Jun 2024 (Sabtu) hingga 26 Julai 2024 (Jumaat).

Permohonan adalah dengan menggunakan no pin UiTM yang boleh diperolehi secara PERCUMA mulai 01 Jun 2024 (Sabtu).

PROGRAM YANG DITAWARKAN
1๏ธโƒฃPra Diploma Perdagangan
2๏ธโƒฃPra Diploma Sains
3๏ธโƒฃPra Diploma Agroteknologi
4๏ธโƒฃPra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera)
5๏ธโƒฃPra Diploma Pengajian Islam

๐Ÿ‘‰๐ŸผKit Promosi Program Pra Diploma

๐Ÿ‘‰๐ŸผPanduan Program Pra Diploma UiTM
PROGRAM PRA DIPLOMA PERDAGANGAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

๐Ÿ”– Pra Diploma Perdagangan (BA002 | BA003) | Fakulti Pengurusan & Perniagaan | 1 Semester / 6 Bulan

Syarat Kemasukan:
โœ… Lulus SPM dengan mendapat minimum tiga (3) Kepujian termasuk Bahasa Melayu
โœ… Lulus Matematik/Matematik Tambahan
โœ… Lulus Sejarah
โœ… Lulus Bahasa Inggeris

Peluang menyambung pengajian ke lebih 46 Program Diploma UiTM.

๐Ÿ‘‰๐ŸผKit Promosi Program Pra Diploma

๐Ÿ‘‰๐ŸผPanduan Program Pra Diploma UiTM
PROGRAM PRA DIPLOMA SAINS, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

๐Ÿ”– Pra Diploma Sains (AS007 | AS008) | Fakulti Sains Gunaan | 1 Semester / 6 Bulan

Syarat Kemasukan:
โœ… Lulus SPM dengan mendapat minimum tiga (3) Kepujian termasuk Bahasa Melayu
โœ… Kepujian Matematik/Matematik Tambahan
โœ… Lulus Sejarah
โœ… Lulus Bahasa Inggeris
โœ… Lulus satu (1) daripada salah satu mata pelajaran Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan

Peluang menyambung pengajian ke lebih 67 Program Diploma UiTM.

๐Ÿ‘‰๐ŸผKit Promosi Program Pra Diploma

๐Ÿ‘‰๐ŸผPanduan Program Pra Diploma UiTM
PROGRAM PRA DIPLOMA SAINS (ALIRAN STEM C & SASTERA), UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

๐Ÿ”– Pra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera) (AS002 | AS003) | Fakulti Sains Gunaan | 2 Semester / 1 Tahun

Syarat Kemasukan:
โœ… Lulus SPM dengan mendapat minimum tiga (3) Kepujian termasuk Bahasa Melayu
โœ… Kepujian Matematik/Matematik Tambahan
โœ… Lulus Sejarah
โœ… Lulus Bahasa Inggeris
โœ… Mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam mata pelajaran Sains

Peluang menyambung pengajian ke lebih 67 Program Diploma UiTM.

๐Ÿ‘‰๐ŸผKit Promosi Program Pra Diploma

๐Ÿ‘‰๐ŸผPanduan Program Pra Diploma UiTM
PROGRAM PRA DIPLOMA AGROTEKNOLOGI, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

๐Ÿ”– Pra Diploma Agroteknologi (AT001 | AT002) | Fakulti Perladangan & Agroteknologi | 1 Semester / 6 Bulan

Syarat Kemasukan:
โœ… Lulus SPM dengan mendapat minimum tiga (3) Kepujian termasuk Bahasa Melayu
โœ… Lulus Matematik/Matematik Tambahan
โœ… Lulus Sejarah
โœ… Lulus Bahasa Inggeris
โœ… Lulus satu (1) daripada mana-mana pelajaran berikut:
Pertanian / Fizik / Kimia / Biologi / Sains / Sains Tambahan / Ekonomi / Perniagaan / Pengajian Keusahawanan / Prinsip Perakaunan

Peluang menyambung pengajian ke program Diploma, Fakulti Perladangan & Agroteknologi.

๐Ÿ‘‰๐ŸผKit Promosi Program Pra Diploma

๐Ÿ‘‰๐ŸผPanduan Program Pra Diploma UiTM
PROGRAM PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

๐Ÿ”– Pra Diploma Pengajian Islam (IC001 | IC002) | Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) | 1 Semester / 6 Bulan

Syarat Kemasukan:
โœ… Lulus SPM dengan mendapat minimum tiga (3) Kepujian termasuk Bahasa Melayu
โœ… Lulus Matematik/Matematik Tambahan
โœ… Lulus Sejarah
โœ… Lulus Bahasa Inggeris
โœ… Lulus Bahasa Arab / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi / Turath Bahasa Arab / Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muโ€™asirah / Al-Adab
โœ… Lulus Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Turath Al-Quran dan Al-Sunnah / Turath Dirasat Islamiah / Usul Al-Din / Al-Syariah / Manahij Al-โ€˜Ulum Al-Islamiah

Peluang menyambung pengajian ke program Diploma, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS).

๐Ÿ‘‰๐ŸผKit Promosi Program Pra Diploma

๐Ÿ‘‰๐ŸผPanduan Program Pra Diploma UiTM
PROGRAM PRA DIPLOMA LALUAN KHAS ATLET, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

๐Ÿ”– Pra Diploma Perdagangan (BA002 | BA003) | Fakulti Pengurusan & Perniagaan | 1 Semester / 6 Bulan

Syarat Kemasukan:
โœ… Lulus SPM dengan mendapat minimum tiga (3) Kepujian termasuk Bahasa Melayu
โœ… Lulus Matematik/Matematik Tambahan
โœ… Lulus Sejarah
โœ… Lulus Bahasa Inggeris

โ€ผ๏ธ Sertakan Sijil pencapaian atlet mewakili peringkat Daerah, Negeri atau Negara. Tertakluk kepada sokongan Pusat Sukan UiTM.

Pengajian di kampus utama UiTM Shah Alam & latihan bersama atlet senior.

Peluang menyambung pengajian ke lebih 46 Program Diploma UiTM.

๐Ÿ‘‰๐ŸผKit Promosi Program Pra Diploma

๐Ÿ‘‰๐ŸผPanduan Program Pra Diploma UiTM
See more posts

View in Telegram

Telegram Channel