USIM | Info Rasmi Akademik USIM Telegram Channel

Channel ini adalah platform tambahan bagi penyampaian makluman terkini & pantas daripada PPA berkenaan jadual kuliah, peperiksaan, pengijazahan & konvokesyen.

Sebarang persoalan boleh terus ajukan kepada group Q&A PPA USIM

© PPAUSIM2024

View in Telegram

Recent Posts

USIM | Info Rasmi Akademik USIM pinned a photo
MAKLUMAN PENGAKTIFAN WHATSAPP RASMI TERKINI PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK

Untuk makluman para pelajar, sistem Whatsapp Pusat Pengurusan Akademik (PPA) telah DIAKTIFKAN SEPENUHNYA melalui pautan wa.me/6067988148 dan beroperasi seperti sediakala.

Semoga sistem ini dapat membantu serta memudahkan hubungan komunikasi dua hala secara terus antara PPA dan para pelajar dengan lebih efisyen.

Info lanjut sila hubungi talian 06 797 8643 atau emel ke [email protected]

Admin PPA

15 Oktober 2024
NOTIS GANGGUAN SISTEM WHATSAPP PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK

Bhgn. Pengurusan Prasiswazah (BPPS), Pusat Pengurusan Akademik (PPA) sedang mengalami gangguan sistem Whatsapp yang telah menyebabkan urusan pertanyaan dalam talian melalui aplikasi ini tergendala buat sementara waktu.

BPPS, PPA akan memaklumkan apabila sistem pulih seperti sedia kala.

Pihak BPPS, PPA memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku.

Info lanjut sila hubungi talian 06 797 8643

Admin PPA
4 Okt 2024
Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Gantian Akhir Semester II, Sesi Akademik 2023/2024 (A232) bagi program Sarjana Muda akan berlangsung mulai pada 14 hingga 17 Oktober 2024 (Isnin hingga Khamis) bertempat di Dewan Peperiksaan Tamhidi, Aras 5.

Peperiksaan Gantian ini akan diadakan sekali sahaja pada tarikh yang telah ditetapkan. Pelajar yang gagal menghadirkan diri pada tarikh yang ditetapkan tanpa alasan yang munasabah akan dikira TIDAK HADIR (TH) dan mendapat GRED F (GAGAL).

➡️NOTIS RASMI: https://shorturl.at/q3XDj
➡️SENARAI NAMA & NO MEJA:https://shorturl.at/MlcKi

Sebarang kemusykilan sila berhubung terus melalui Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Prasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik di talian 06-7988104/8650/8651 atau melalui emel di alamat [email protected] atau Whatapps PPAwa.me/6067978643 untuk maklumbalas segera.

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT BAGI SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2024/2025 (PELAJAR SARJANA MUDA) LEPASAN DIPLOMA

Permohonan Pemindahan Kredit pelajar Sarjana Muda Lepasan Diploma bagi Semester I, Sesi Akademik 2024/2025 adalah seperti berikut:

📅 Tarikh : 7 hingga 13 Oktober 2024
🔗 Capaian : iStudent > Services > Credit Transfer


Permohonan yang diterima selepas 13 Oktober 2024 tidak akan diproses.

Pelajar WAJIB mengikuti semua kursus yang telah didaftarkan sehingga keputusan rasmi Pemindahan Kredit dikeluarkan oleh PPA dan pelajar juga perlu membuat pengesahan kursus (pada minggu kelima perkuliahan) kerana kursus yang telah diluluskan untuk Pemindahan Kredit akan dikeluarkan dari daftar kursus pelajar secara automatik dan tidak akan tersenarai dalam senarai kursus untuk Peperiksaan Akhir Semester.

➡️ Lihat NOTIS PENUH melalui pautan https://shorturl.at/dt5Mf

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
PERMOHONAN PEPERIKSAAN ULANGAN KHAS

Pelajar Semester Akhir yang masih belum melengkapkan keperluan kursus bagi tujuan bergraduasi, boleh memohon untuk menduduki PEPERIKSAAN ULANGAN KHAS yang mana ianya adalah peperiksaan yang diadakan bagi pelajar semester akhir yang memerlukan hanya satu (1) kursus sahaja bagi tujuan bergraduasi DENGAN SYARAT pelajar telah menduduki Peperiksaan Akhir Semester bagi kursus berkenaan dan mendapat gred Gagal.

Peperiksaan ini hanya boleh diambil sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian. Gred yang diberikan hanya “L” atau “G” (Lulus atau Gagal) dan tidak mengubah kiraan PNGS/PNGK sedia ada. Permohonan Peperiksaan Ulangan Khas adalah sebagaimana dipautan berikut https://shorturl.at/o282S

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia


📞 06-7988104/8650/8651
📱 Whatapps PPA wa.me/6067978643
📩 [email protected]
DIREKTORI TERKINI SEKSYEN KEWANGAN PELAJAR (YURAN)

Sebarang pertanyaan berkaitan yuran pengajian yang pelajar boleh mengemukakan terus kepada Jab BendahariUSIM melalui emel [email protected] atau hubungi direktori seperti berikut:

Pn. Khaslinda Muktharuddin
Penolong Akauntan
06-797 8614
[email protected]

Pn. Junaidah Atan
Penolong Akauntan
06-797 8665
[email protected]

Pn. Irhani Ismail
Penolong Akauntan
06-798 8247
[email protected]

Pn. Azreen Fillzah Ahmad Azizan
Pembantu Akauntan Kanan
06-797 8608
[email protected]
PERMOHONAN SURAT TAMAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR YANG BERSTATUS LAYAK DAN DIANUGERAHKAN IJAZAH (LDI) PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II SESI AKADEMIK 2023/2024

Adalah dimaklumkan bahawa Keputusan Peperiksaan Akhir Semester II, Sesi Akademik 2023/2024 (A232) bagi program Sarjana Muda telah disahkan oleh Senat Universiti dan boleh diakses melalui portal iStudent/Mobile Apps pada 25 September 2024 selepas jam 6.00 petang.

Bagi pelajar yang berstatus Layak dan Dianugerahkan Ijazah (LDI) boleh membuat permohonan Surat Pengesahan Tamat Pengajian (Dengan syarat telah menyelesaikan semua Yuran/Hutang Universiti) bermula pada 27 September 2024 (Jumaat).

Sebarang kemusykilan sila berhubung terus melalui Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan, Pusat Pengurusan Akademik melalui Whatsapp PPA wa.me/6067978643 atau emel di alamat [email protected]

Lihat notis penuh melalui pautan ➡️https://shorturl.at/sr7yC

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
PENDAFTARAN BAGI SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2024/2025 (A241)

Dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran bagi Semester I, Sesi Akademik 2024/2025 secara online melalui portal iStudent (https://istudent2.usim.edu.my) telah ditetapkan seperti dipautan https://shorturl.at/0WIqY

Pelajar yang tidak membuat pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan TIDAK AKAN DIBENARKAN mengikuti pengajian pada semester berkenaan.

Sebarang kemusykilan boleh merujuk terus kepada fakulti masing-masing.

Lihat notis penuh ➡️https://shorturl.at/0WIqY

Dikeluarkan oleh,
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PENILAIAN KURSUS PEPERIKSAAN AKHIR & RAYUAN MENERUSKAN SEMULA PENGAJIAN (KES GAGAL DAN DIBERHENTIKAN) BAGI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II SESI AKADEMIK 2023/2024

Adalah dimaklumkan bahawa Keputusan Peperiksaan Akhir Semester II, Sesi Akademik 2023/2024 (A223) bagi program Sarjana Muda akan disahkan oleh Senat Universiti dan boleh diakses melalui portal iStudent mulai pada 25 September 2024.

Sebarang kemusykilan sila berhubung terus melalui Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan, Pusat Pengurusan Akademik di talian 06-7978650 atau Whatsapp PPA wa.me/6067988335 atau melalui emel di alamat [email protected]

Pelajar boleh membuat permohonan Semakan Semula Keputusan Penilaian Kursus Peperiksaan Akhir Semester dan Rayuan Meneruskan Semula Pengajian (Kes Gagal Diberhentikan) merujuk kepada notis penuh melalui pautan https://shorturl.at/Uhsed

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2023/2024 (A232)

Adalah dimaklumkan bahawa Keputusan Peperiksaan Akhir Semester II, Sesi Akademik 2023/2024 (A232) bagi program Sarjana Muda boleh dicapai melalui Portal iStudent atau Mobile Apps -https://usimmobile.usim.edu.my selepas pengesahan Mesyuarat Senat Universiti pada 25 September 2024 mulai jam 6.00 petang.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, pelajar boleh merujuk terus ke pejabat fakulti masing-masing atau menghubungi Pusat Pengurusan Akademik (PPA) di talian 06-7988335(Whatapps wa.me/6067988335) atau emel kepada [email protected]

Lihat notis penuh di https://shorturl.at/VWxBF

Dikeluarkan oleh:-
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
Proses baikpulih masih berjalan dan mohon para pelajar membuat percubaan kemaskini nama, alamat & nama jawi dari semasa ke semasa
Perhatian kepada semua pelajarIjazah Sarjana Muda USIM
Pengemaskinian Nama Jawi didalam Portal iStudent

Dimaklumkan bahawa semua pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah dimohon untuk mengemaskini maklumat diri terutamanya melengkapkan nama dalam ejaan jawi di dalam portal iStudent merujuk pautan https://shorturl.at/kcRfm

Sehubungan dengan itu, semua pelajar diwajibkan mengemaskini segala maklumat tersebut sebelum atau pada 30 September 2024. Kegagalan pelajar mengemaskini maklumat tersebut terutamanya bakal graduan akan menyebabkan nama jawi dalam skrol ijazah pelajar tidak tertera.

Sebarang kemusykilan sila berhubung terus melalui talian 06-7988326/8335 atau Aplikasi WhatsApp wa.me/6067988335 atau emel [email protected]

Sekian, terima kasih.

Dikeluarkan oleh
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud selaku Tuanku Canselor USIM telah memperkenankan tarikh Majlis Konvokesyen ke-22 USIM bagi tahun 2024 pada 3 hingga 6 Disember 2024 bersamaan 1 hingga 4 Jamadilakhir 1446H.

Selamat bergraduasi, buat semua bakal graduan!

Bakal graduan jom join telegram Khas Konvokesyen melalui pautan t.me/Konvo22USIM

#Konvo22USIM
TARIKH-TARIKH PENTING PENILAIAN/PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2023/2024
Setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Profesor Dr. Nik Salida Suhaila Binti Nik Saleh atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia, berkuat kuasa mulai 12 Ogos 2024 hingga 11 Ogos 2026.

Ikhlas daripada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor serta seluruh warga USIM.

#TahniahDariUSIM
PRA-PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2024/2025

Pra-pendaftaran kursus bagi Semester I, Sesi Akademik 2024/2025 (Sem A241) telah ditetapkan sebagaimana seperti di notis rasmi.

Mohon kerjasama semua pelajar (termasuk pelajar berstatus Tangguh Pengajian serta Tidak Mendaftar pada semester semasa) untuk membuat pra-pendaftaran kursus sebagaimana tarikh yang ditetapkan menerusi portal iStudent baharu di pautan berikut https://istudent2.usim.edu.my

Lihat notis rasmi melalui pautan https://raudahusim.sharepoint.com/:b:/s/USIM-eDocs/Ed6sliPCMBlAkdf98S48RbYBa4rlrUvNgaWT6yPBDsEvWw?e=TgZBDB

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
Rukshah solat? Pernah dengar ke?

Bagi mereka yang bermusafir, Islam memberi kemudahan atau rukhsah dalam menunaikan rukun yang kedua ini, iaitu solat jamak dan qasar. Antara syaratnya adalah seseorang bermusafir dengan jarak melebihi dua marhalah atau 81 kilometer (km) dan lebih, dan perjalanannya tidak bertujuan maksiat.

Nak tahu lagi?

Jom dengarkan Tazkirah Bulanan Pusat Pengurusan Akademik dengan tajuk menarik bulan ini iaitu Rukhsah dan Aplikasinya dalam Solat

📅Tarikh : 6 Ogos 2024 (Selasa)
🕦 Masa : 10:30 Pagi
👳🏻 Penceramah : Prof. Madya Dr. Mohd Nasir Abdul Majid, FSU


Secara dalam talian melalui pautan dibawah:.
Youtube:http://www.youtube.com/@academicusim
Facebook page:http://facebook.com/academicusim

Semua dijemput hadir.
Adalah dimaklumkan bahawa permohonan Surat Pengesahan Pelajar dan Surat Pengesahan Bagi Pengeluaran KWSP untuk Semester II, Sesi Akademik 2023/2024 (A232) akan ditutup mulai pada 12 Ogos 2024 (Isnin) hingga 6 Oktober 2024 (Ahad). Penutupan ini adalah untuk tujuan pengemaskinian status aktif pelajar bagi Semester I, Sesi Akademik 2024/2025 (A241).

Lihat notis rasmi melalui pautan https://shorturl.at/pY8Cp

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
STATISTIK KES TATATERTIB SEMASA PEPERIKSAAN

Peningkatan kes tatatertib pelajar semasa peperiksaan meningkat kepada 3 kali ganda berbanding dua semester sebelum ini dan menjadikan statistik melebihi 30 kesalahan telah direkodkan termasuk kes menipu/meniru/cubaan untuk menipu/ cubaan untuk meniru, membawa nota dan barang larangan ke dalam dewan peperiksaan spt peranti elektronik (vape) dan senjata tajam.

Pada minggu akhir peperiksaan ini Admin mohon kepada semua calon untuk lebih berhati-hati dan tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa peperiksaan untuk mengelakkan tindakan tatatertib diambil keatas anda.
See more posts

View in Telegram

Telegram Channel
TeleSearch Telegram Search