Pengambilan khas guru secara one-off Telegram Channel

Info berkaitan pengambilan guru

View in Telegram

Recent Posts

Cuti Tambahan Sempena Perayaan Deepavali 2024

Kump A:
30/10/2024 hingga 2/11/2024
Rabu - Sabtu

Kump B Kecuali Sarawak:
30/10/2024 hingga 3/11/2024
Rabu - Ahad
𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞 : HEBAHAN PANGGILAN TEMU DUGA JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG41 BAGI GRADUAN PENDIDIKAN DAN GRADUAN BUKAN PENDIDIKAN TAHUN 2024 (KHAS BAGI NEGERI SARAWAK)

Maklumat lanjut sila layari pautan berikut: https://www.spp.gov.my/ms/pengumuman/2024/pengumuman-sarawak/sarawak-hebahan-panggilan-temu-duga-jawatan-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-gred-dg41-bagi-graduan-pendidikan-dan-graduan-bukan-pendidikan-tahun-2024-khas-bagi-negeri-sarawak
Semakan pertukaran egtukar.. semoga dipermudahkan urusan

https://www.awekbawang.com/2023/11/egtukar-permohonan-syarat-dan-semakan.html
𝗦𝗘𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚 : HEBAHAN PENGAMBILAN JAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) GRED DH47, GRED DH41 DAN GRED DH29 SECARA KONTRAK (INTERIM) TAHUN 2024

Maklumat lanjut boleh disemak melalui pautan berikut:
https://www.spp.gov.my/ms/pengumuman/2024/pengumuman-semenanjung/semenanjung-hebahan-iklan-pengambilan-jawatan-pegawai-pendidikan-pengajian-tinggi-pppt-gred-dh47-gred-dh41-dan-gred-dh29-secara-kontrak-interim-tahun-2024
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan mula melaksanakan urusan temu duga Graduan Pendidikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Lantikan Kontrak (Interim) bagi pengambilan tahun 2024 di Semenanjung dan Sarawak.

Bagi temu duga opsyen-opsyen dan pilihan pusat temu duga lain, jadual akan dihebahkan secara berperingkat dari semasa ke semasa

Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan panggilan Temu Duga Siri Pertama di https://www.spp.gov.my/hebahan.html.

PERINGATAN

Panggilan temu duga ini tertakluk kepada tapisan dan semakan ke atas maklumat kelayakan akademik yang dikemukakan oleh calon semasa membuat permohonan pada 1 Januari 2024 - 26 April 2024.

Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat kelayakan akademik yang tidak memenuhi syarat, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.

Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my
Hebahan Tawaran Pelantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 & DG29 Dalam Kalangan Calon Yang Telah Diperaku Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak boleh disemak melalui pautan berikut:-

https://www.spp.gov.my/ms/pengumuman/2024/pengumuman-umum/hebahan-tawaran-pelantikan-tetap-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-gred-dg41-dan-dg29-daripada-kalangan-calon-yang-telah-diperaku-oleh-kementerian-pendidikan-malaysia

Arahan kepada calon:

Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) selewat-lewatnya 6 Mei 2024.

Calon-calon hendaklah mencetak SURAT TAWARAN dan dokumen-dokumen yang dilampirkan dengan segera kerana makluman keputusan ini akan dipaparkan selama dua (2) minggu sahaja mulai daripada tarikh pengumuman ini dikeluarkan.

Calon-calon mestilah mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (Borang Pin.1/2013) yang telah dilengkapkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar (pegawai perubatan kerajaan/ swasta) kepada Suruhanjaya ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran ini dikeluarkan iaitu selewat-lewatnya pada 6 Mei 2024.

Surat tawaran pelantikan ini TERBATAL sekiranya calon-calon GAGAL mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang telah dilengkapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Calon-calon yang berjaya dimohon merujuk kepada Portal e-Graduan KPM di egraduan.moe.gov.m dari semasa ke semasa bagi urusan kemas kini maklumat graduan dan penempatan.

Sebarang maklumat lanjut sila layari laman web rasmi SPP di www.spp.gov.my
Perhatian buat yang berminat menjadi guru!

PELUASAN PENGAMBILAN CALON TAJAAN KPM BAGI LATIHAN PRA PERKHIDMATAN PISMP 2024.

Kini terbuka untuk Lepasan STPM, STAM dan Program Matrikulasi.
𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 (𝗣𝗣𝗣) 𝗚𝗥𝗘𝗗 𝗗𝗚𝟰𝟭 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa Graduan Pendidikan yang telah menamatkan pengajian dan memperoleh keputusan senat universiti 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟮𝟲 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟰 untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara lantikan Kontrak (Interim) untuk ditempatkan di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Calon diminta untuk menyemak syarat kelayakan sebelum memohon. Permohonan jawatan boleh dibuat di SINI.

https://www.spp.gov.my/ms/pengumuman/2024/pengumuman-umum/hebahan-pengambilan-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-gred-dg41-tahun-2024
Hebahan Tawaran Pelantikan Calon Simpanan Tahun 2023 Ke Jawatan Tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41.

Calon boleh membuat semakan di SINI.
Tema Hari Guru 2024:
Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara MADANI
𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡-𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗚𝗥𝗘𝗗 𝗗𝗚𝟰𝟭 𝗟𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗖𝗢𝗡𝗧𝗥𝗔𝗖𝗧 𝗢𝗙 𝗦𝗘𝗥𝗩𝗜𝗖𝗘 (𝗖𝗢𝗦) 𝟮𝟬𝟮𝟯.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) ingin 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 kepada semua calon 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 (𝗣𝗣𝗣) 𝗚𝗥𝗘𝗗 𝗗𝗚𝟰𝟭 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗖𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟯 pada 𝟵 𝗙𝗘𝗕𝗥𝗨𝗔𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟰 untuk memuat naik 𝗕𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗺𝗲𝗿𝗶𝗸𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 di pautan yang dinyatakan di dalam surat tawaran selewat-lewatnya 𝟮𝟯 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰.
𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡-𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗚𝗥𝗘𝗗 𝗗𝗚𝟰𝟭 𝗟𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗖𝗢𝗡𝗧𝗥𝗔𝗖𝗧 𝗢𝗙 𝗦𝗘𝗥𝗩𝗜𝗖𝗘 (𝗖𝗢𝗦) 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) ingin mengingatkan kepada semua calon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 yang dilantik secara COS 2023 untuk memuat naik Borang Pemeriksaan Kesihatan di pautan yang dinyatakan di semakan surat tawaran selewat-lewatnya 24 Februari 2024.

Kegagalan untuk mengemukakan borang ini akan menyebabkan tawaran lantikan 𝗗𝗜𝗕𝗔𝗧𝗔𝗟𝗞𝗔𝗡.

SPP meminta agar calon mematuhi panduan yang telah diberikan dan memastikan borang pemeriksaan kesihatan diserahkan pada masa yang ditetapkan.
Hebahan Urusan Temu Duga Lantikan Tetap Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Bagi Graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Tahun 2024.

Untuk semakan nama calon yang tersenarai dalam urusan ini, sila layari https://semakan.spp.gov.my/semakan/index.html dan semak di PERAKUAN KPM.
Hebahan Keputusan Temu Duga Graduan Bukan Pendidikan Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 Secara Contract of Service (COS) Tahun 2023 Bagi Calon-calon Yang Telah Ditemu Duga Pada 18 September 2023 sehingga 9 November 2023 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Calon boleh membuat semakan keputusan temu duga di

https://semakan.spp.gov.my/semakan/index.html

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:

1. Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 23 Februari 2024.

2. Calon-calon hendaklah mencetak SURAT TAWARAN dan dokumen-dokumen yang dilampirkan dengan segera kerana makluman keputusan ini akan dipaparkan selama dua (2) minggu sahaja mulai daripada tarikh pengumuman ini dikeluarkan.

3. Calon-calon mestilah mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam yang telah dilengkapkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar kepada Suruhanjaya ini dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat tawaran ini dikeluarkan iaitu selewat-lewatnya pada 23 Februari 2024.

4. Surat tawaran pelantikan ini TERBATAL sekiranya calon-calon GAGAL mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang telah dilengkapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

5. Calon-calon yang berjaya dimohon merujuk kepada Portal e-Graduan KPM di egraduan.moe.gov.my dari semasa ke semasa bagi urusan kemas kini maklumat graduan dan penempatan.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada SPP.

Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.
Hebahan umum.

Keputusan temu duga dan tawaran pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (COS) bagi tahun 2023.
Hebahan tawaran pelantikan Calon Simpanan ke Jawatan Tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi calon-calon graduan pendidikan yang telah ditemu duga pada tahun 2023 bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak boleh disemak di SINI.
HEBAHAN URUSAN TEMU DUGA LANTIKAN TETAP KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 BAGI CALON-CALON YANG TELAH DIPERAKU OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2023

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP) AKAN MELAKSANAKAN URUSAN TEMU DUGA LANTIKAN TETAP KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 BAGI CALON-CALON YANG TELAH DIPERAKU OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2023.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di SINI.
Tarikh Pembayaran Gaji dan Bonus Bagi Tahun 2024

https://www.awekbawang.com/2023/11/gaji-2024-tarikh-bonus-penjawat-awam.html
Takwim Persekolahan sesi 2024/2025

https://www.awekbawang.com/2023/11/takwim-persekolahan-dan-cuti-sesi.html
See more posts

View in Telegram

Telegram Channel
TeleSearch Telegram Search